Syukur ke hadrat Illahi kerana mengabulkan doa dan permintaan saya untuk terima masuk dalam program LLB (Hons). Saya dah korbankan 22 tahun karier saya di bidang perbankan demi untuk mengejar impian saya bergelar seorang peguam. Semoga Allah s.w.t akan mempermudahkan segala urusan dan perjalanan saya dalam perjalanan akhir menamatkan program ini, Aminn.
Saya sayangkan grup ini. Grup yang memiliki keisitmewaan dan semangat tersendiri. Saya berdoa agar kami semua berjaya melepasi rintangan Part 1 untuk mara ke part II semester depan. Kami bersatu demi sebuah kejayaan. kami bawa harapan orang yang tersayang di dalam perjuangan kami. Mereka mahu lihat kami berjaya.
Memang takut untuk hadapi hari-hari mendatang dalam LLB(hons). Rasa rendah diri, risau dan takut sentiasa meliputi jiwa saya. Saya berdoa agar saya dapat memberikan yang terbaik dan mampu memikul tanggungjawab yang diberi selama 2 semester ini. Semoga perjalanan saya dan group ini dipermudahkan hendaknya...amin...amin...amin.


I'll pray for u...Chaiyuk2 KAK ZURA!!!
ReplyDelete