Novel Kau Kekasihku
Publisher : Tintarona
Tahun : 2009
Novel ini diterbitkan dalam tahun 2009 oleh Utusan Publication yang mewariskan pemasarannya pada Tintarona untuk dipasarkan di pasaran. Funny thing, masih warna hijau kulit buku.
Kisah pergolakan masyarakat, isu seperti keruntuhan rumahtangga dikaitkan dengan penglibatan pihak ke 3. Semua kesalahan dan kesilapan diletakkan di bahu pihak ke 3. Namun tiada yang tahu dan rasai perasaan orang ke 3 yang sebenarnya ditipu dan dipermainkan oleh sang lelaki yang hipokrit dan pentingkan diri.
Fazlin Ariffin, gadis yang dituduh menjadi pihak ke 3 menjadi sasaran kebencian kerana dikatakan perosa rumahtangga orang. Kekecewaan dan maruahnya dipertikaikan lantas dia membawa diri ke bumi asing, atas alasan ingin menimba ilmu. Dia hilang keyakinan diri. Ketika itu, melarikan diri merupakan "sensible thing" to do. Dia perlu lari dari masyarakat yang mengecamnya.
Bertahun lama di perantauan menimba ilmu setinggi mungkin, Fazlin kembali ke tanahair, namun keyakinan diri masih tercela, cinta Azman mengusik jiwa namun perbezaan taraf hidup memisahkan erti cinta dalam diri Fazlin. Bertemu dengan jejaka bernama Hakimi Harun yang dalam pencarian mencari bahagia bagi mengisi kekosongan hidupnya lantaran dirinya sudah berusia. Fazlin dan Hakimi....namun Azman dan Kamal-lelaki yang mengecewakannya kerana menuduh dirinya perosak rumahtangga orang kembali megganggu.
Kau kekasihku mempertaruhkan isu keyakinan diri, maruah tetapi masih mengekalkan perngertian kasih sayang namun tidak ditinggalkan pencarian ilmu yang sememangnya dituntut dalam kehidupan semua insan di dunia ini. Kecewa bercinta bukanlah bererti dunia sudah berakhir.
Berbekalkan kata-kata puitis dari filem "Isabella" suatu ketika dahulu yang dibintangi oleh The Search, Ramona Rahman, M Nasir dan lain-lain, masih saya ingat lagi ," Jangan terlalu sedih hari ini hingga terlupa akan kebahagiaan esok hari, mungkin esok Tuhan sudah sediakan bahagia untuk kita sebagai hadiah di atas ketabahan kita pada hari ini".
Setinggi penghargaan pada hubby Mohd Hashim Baharom yang begitu serius dan dedikasi memastikan manuskrip dihantar dengan selamat pada editor. Juga pada mak yang menjadi pengikut dan peminat setia setiap novel saya yang diterbitkan. Tidak ketinggalan, ayah saya yang pada luarannya bersikap selamba namun dapat dilihat rasa gembiranya bila novel ini diterbitkan dengan selamat. Pada anak-anak, yang masih muda untuk mengetahui mama seorang novelis, well, I still love all of you, Wassalam.

No comments:
Post a Comment