faizuramansor.blogspot.com
Wednesday, 3 August 2011
3rd Novel - Masih Ada Cinta
Title : Masih Ada Cinta
Publisher : Tintarona
Terbitan : 2011
Novel ke 3 masih baru berada di pasaran. Novel ini mempertaruhkan isu dendam,tidak puas hati, perasaan terpendam yang sering membara dalam diri. Berdiam diri pada mulanya diharapkan dapat menjernihkan suasana namun tanpa disedari hatinya diselaputi rasa dendam yang tidak mengenal siapa termasuk ayah sendiri. Cinta pada kekasih separuh jalan. Hidup mewah bukan tiket untuk sebuah kebahagiaan bila kekasih hati merangkap tunang curang dan paling sukar diterima apabila tunang sendiri menjadi abang ipar kakak sendiri. Pertunangan diputuskan lalu aqad nikah diraikan, tapi bukan dia pengantin yang bahagia itu. Yana atau Doktor Yana, merawat pesakit namun hatinya tiada siapa merawat.
Iskandar, jejaka yang mencari kebahagiaan di jalan salah. Ego mengatasi segalanya membuatkan dia hidup dalam kepuraan. Egonya juga mahu buktikan Yana mampu ditundukkannya. hati keras Yana dapat dilenturkan, kerana dia adalah jejaka paling diminati dan digilai ramai. namun akhirnya kemalangan membuatkan dia sedar, siapa dalam hatinya. Iskandar mahu mencari Yana, menebus semula semua kekecewaan dalam diri Yana.
Masih ada cinta-satu novel yang perlu dibaca dan dihayati kerana ia kata hati serang wanita yang menyimpan rasa hati yang terpendam. kekecewaannya tersemat dijiwa walau dirinya sebenarnya dahagakan sebuah hidup bahagia.
Tribute to anak-anak yang kini dah semakin dewasa dan kenal kerja dan minat saya. Mohd Ammar, Mohd Danish, Mohd Qalish dan Mohd Ashman, Terima kasih kerana memahami kesibukan mama.
Semoga peminat novel akan gembira membaca dan menyusuri liku hidup Dr Yana hingga ke akhirnya.
Sekian wasalam....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment