faizuramansor.blogspot.com

Sunday, 28 August 2011

Boyz day out-TGV Bukit Raja, Klang - Transformers : Dark of the moon


The 1st time my boyz walked intoa cinema. Transformers : Dark of The Moon. Memang enjoy seeing the kids having fun and boy!! they do focus on the story till the end. Its the least I can do to ease their stressfull lives towards UPSR and PMR. They luv the movie....2nd July 2011

Friday, 12 August 2011

I am in Kosmo July 19, 2011


July 19, 2011-Kosmo.

Well, I was called for an interview. About my novels actually. It is an eye opener for a writer like me to endure the word of writing. It is a great opportunity and a chance for me to explore further in the world of writing. I love writing and always love to write. I prayed Allah the Almighty would bless me with rich ideas to write as long as my strength would take me to.

Thank you Utusan Publication, Editor En Mahadzir Adun for believing in my novels, journalist Mazlina and Photographer En Abdul Nazir for templating such a nice and interesting page.

I do hope readers out there would support me and continue to read my creations as this is for everyone out there. Happy reading. Sekian wassalam.

Wednesday, 3 August 2011

3rd Novel - Masih Ada Cinta



Title : Masih Ada Cinta
Publisher : Tintarona
Terbitan : 2011

Novel ke 3 masih baru berada di pasaran. Novel ini mempertaruhkan isu dendam,tidak puas hati, perasaan terpendam yang sering membara dalam diri. Berdiam diri pada mulanya diharapkan dapat menjernihkan suasana namun tanpa disedari hatinya diselaputi rasa dendam yang tidak mengenal siapa termasuk ayah sendiri. Cinta pada kekasih separuh jalan. Hidup mewah bukan tiket untuk sebuah kebahagiaan bila kekasih hati merangkap tunang curang dan paling sukar diterima apabila tunang sendiri menjadi abang ipar kakak sendiri. Pertunangan diputuskan lalu aqad nikah diraikan, tapi bukan dia pengantin yang bahagia itu. Yana atau Doktor Yana, merawat pesakit namun hatinya tiada siapa merawat.

Iskandar, jejaka yang mencari kebahagiaan di jalan salah. Ego mengatasi segalanya membuatkan dia hidup dalam kepuraan. Egonya juga mahu buktikan Yana mampu ditundukkannya. hati keras Yana dapat dilenturkan, kerana dia adalah jejaka paling diminati dan digilai ramai. namun akhirnya kemalangan membuatkan dia sedar, siapa dalam hatinya. Iskandar mahu mencari Yana, menebus semula semua kekecewaan dalam diri Yana.

Masih ada cinta-satu novel yang perlu dibaca dan dihayati kerana ia kata hati serang wanita yang menyimpan rasa hati yang terpendam. kekecewaannya tersemat dijiwa walau dirinya sebenarnya dahagakan sebuah hidup bahagia.

Tribute to anak-anak yang kini dah semakin dewasa dan kenal kerja dan minat saya. Mohd Ammar, Mohd Danish, Mohd Qalish dan Mohd Ashman, Terima kasih kerana memahami kesibukan mama.

Semoga peminat novel akan gembira membaca dan menyusuri liku hidup Dr Yana hingga ke akhirnya.

Sekian wasalam....

2nd Novel -Kau kekasihku - 2009


Novel Kau Kekasihku
Publisher : Tintarona
Tahun : 2009

Novel ini diterbitkan dalam tahun 2009 oleh Utusan Publication yang mewariskan pemasarannya pada Tintarona untuk dipasarkan di pasaran. Funny thing, masih warna hijau kulit buku.

Kisah pergolakan masyarakat, isu seperti keruntuhan rumahtangga dikaitkan dengan penglibatan pihak ke 3. Semua kesalahan dan kesilapan diletakkan di bahu pihak ke 3. Namun tiada yang tahu dan rasai perasaan orang ke 3 yang sebenarnya ditipu dan dipermainkan oleh sang lelaki yang hipokrit dan pentingkan diri.

Fazlin Ariffin, gadis yang dituduh menjadi pihak ke 3 menjadi sasaran kebencian kerana dikatakan perosa rumahtangga orang. Kekecewaan dan maruahnya dipertikaikan lantas dia membawa diri ke bumi asing, atas alasan ingin menimba ilmu. Dia hilang keyakinan diri. Ketika itu, melarikan diri merupakan "sensible thing" to do. Dia perlu lari dari masyarakat yang mengecamnya.

Bertahun lama di perantauan menimba ilmu setinggi mungkin, Fazlin kembali ke tanahair, namun keyakinan diri masih tercela, cinta Azman mengusik jiwa namun perbezaan taraf hidup memisahkan erti cinta dalam diri Fazlin. Bertemu dengan jejaka bernama Hakimi Harun yang dalam pencarian mencari bahagia bagi mengisi kekosongan hidupnya lantaran dirinya sudah berusia. Fazlin dan Hakimi....namun Azman dan Kamal-lelaki yang mengecewakannya kerana menuduh dirinya perosak rumahtangga orang kembali megganggu.

Kau kekasihku mempertaruhkan isu keyakinan diri, maruah tetapi masih mengekalkan perngertian kasih sayang namun tidak ditinggalkan pencarian ilmu yang sememangnya dituntut dalam kehidupan semua insan di dunia ini. Kecewa bercinta bukanlah bererti dunia sudah berakhir.

Berbekalkan kata-kata puitis dari filem "Isabella" suatu ketika dahulu yang dibintangi oleh The Search, Ramona Rahman, M Nasir dan lain-lain, masih saya ingat lagi ," Jangan terlalu sedih hari ini hingga terlupa akan kebahagiaan esok hari, mungkin esok Tuhan sudah sediakan bahagia untuk kita sebagai hadiah di atas ketabahan kita pada hari ini".

Setinggi penghargaan pada hubby Mohd Hashim Baharom yang begitu serius dan dedikasi memastikan manuskrip dihantar dengan selamat pada editor. Juga pada mak yang menjadi pengikut dan peminat setia setiap novel saya yang diterbitkan. Tidak ketinggalan, ayah saya yang pada luarannya bersikap selamba namun dapat dilihat rasa gembiranya bila novel ini diterbitkan dengan selamat. Pada anak-anak, yang masih muda untuk mengetahui mama seorang novelis, well, I still love all of you, Wassalam.

Tuesday, 2 August 2011

First Novel- Bersinarkah Lagi Kejora - 2005


This is my first novel. Published in 2005.

Cerita kehidupan Nurlisa yang kehidupannya diselubungi kemewahan . Hanif dari kampung, graduan yang tidak pernah jemu mencari peluang yang ada berbekalkan kelulusan sebagai pertaruhan walau dia sering kecewa Cinta terhadap Shidah tidak kesampaian membuang Hanif jauh dari keegoan Shidah. Nurlisa membuka episod kejayaan buat Hanif. membuka mata dan peluang untuk sebuah kejayaan yang akhirnya direalisasikan oleh Hanif sendiri. Meski pun kehidupan mereka berbeza, mereka bersama di atas dasar cinta, kasih dan sayang. Hidup tak pernah sepi dari dilanda badai. Hubungan mereka keruh dek dendam sejarah hidup Nurlisa.

Novel Bersinarkah lagi kejora- berlandaskan cinta kasih dan sayang juga kepercayaan dan menguji sebuah kesetiaan. Ia sebuah kehidupan yang sememangnya berlaku dalam hidup masyarakat kita. Siapalah kita tanpa cinta, kasih dan sayang. It comes in a package.

Thanks to hubby Mohd Hashim Baharom for being such an inspiration. Luv you, luv my boys. Also to my parents who are always by my side and cupport me in wahtever I do. Luv you all and Thank you.